SEJARAH RINGKAS BOLA TAMPAR
Sukan bola tampar ini adalah ilham daripada William G. Morgan pada tahun 1895. Beliau adalah guru pendidikan jasmani Young Men's Christian Association ( YMCA ) di Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. YMCA adalah sekolah yang menempatkan pelajar berasrama yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan aktiviti riadah. Sebelum dikenali dengan volley ball, sukan ini dipanggil mintonette. G. Morgan mencipta satu sukan yang menggabungkan elemen,bola keranjang, besbol, tenis dan bola baling. G. Morgan sendiri bertemu dengan James Naismith untuk memberikan pandangan tentang sukan baru ini.James Naismith adalah guru pendidikan jasmani sama seperti Morgan. Naismith juga merupakan individu yang mencipta sukan bola keranjang.
Setelah beberapa perbincangan dan kajian dilakukan,maka terhasil sukan bola tampar.Sukan ini pada awalnya dicipta untuk pelajar-pelajar di YMCA.Tidak ramai yang mahu bermain ketika itu kerana lebih sukakan permainan bola keranjang.Setiap pemain akan melakukan 3 servis ke arah lawan dan setiap pasukan akan mendapat mata dengan mematikan bola pada kawasan pihak lawan.Pada 1895,
selepas setahun bertapak, sukan ini ditukarkan nama kepada volleyball. Ianya sempena dengan demonstrasi pertama sukan ini di YMCA Training School atas undangan Pengarah Profesional Pendidikan Fizik YMCA, Dr.Luther Halsey Gulick. Dalam demonstrasi tersebut, William G. Morgan telah membawa 2 pasukan yang terdiri daripada 5 sebelah. Beliau menunjukkan bagaimana sukan tersebut boleh dimainkan di kawasan terbuka mahupun tertutup.Pada 1917, sukan ini ditukarkan daripada sistem kiraan 21 mata kepada 15 mata. Negara luar Amerika Syarikat yang pertama bermain bola tampar ialah Kanada pada 1900.
Pada 1947, Fédération Internationale de Volleyball (FIVB) ditubuhkan. Ianya membawa kepada penganjuran kejohanan dunia pertama pada 1949 untuk lelaki dan yang pertama untuk wanita pada 1952.Sukan ini terus berkembang pesat ke seluruh dunia termasuk Brazil, Itali, Belanda dan banyak lagi negara di Eropah. Selepas itu ia mendapat sambutan di Rusia dan juga negara-negara
Comments
Post a Comment