Teknik Permainan Bola Tampar

 Terdapat beberapa teknik bermain bola tampar iaitu :-

1.SERVIS

2.MENYANGGA

3.MENGUMPAN

4.MEREJAM

5.MENGADANG




SERVIS

Servis ialah pukulan yang dilakukan selepas mendapat mata atau berjaya tamatkan servis digelanggang lawan. Terdapat pelbagai cara pukulan servis. Sebagai permulaan untuk bermain bola tampar, servis bawah bahu dan servis atas bahu biasa digunakan.

Serve Atas


Serve Bawah





MENYANGGA
Menyangga digunakan apabila bola berada di bawah paras mata. Kebanyakan pemain belakang gelanggang menggunakan kemahiran ini sewaktu menerima bola servis atau bola rejaman. Pukulan
menyangga dilakukan supaya dapat memainkan bola dengan tangan.





Bahagian tangan yang sesuai untuk menyangga ialah antara tangan hingga kesiku. Lutut perlu dibengkokkan untuk mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.


                                               






MENGUMPAN

Biasanya pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan bola yang kedua. Kemahiran ini bertujuan untuk memberi peluang rakan sepasukan membuat rejaman. Umpanan dibuat apabila kedudukan bola melepasi paras kepala. Ketepatan masa amat diperlukan semasa melakukan pukulan umpanan. Ini memberi peluang kepada sendi-sendi menyerap dan mengekalkan kelajuan bola.





MEREJAM

Rejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam gelanggang lawan. Tujuan rejaman ialah untuk mematikan servis di dalam gelanggang lawan. Cara ini dianggap satu cara menyerang pihak lawan.
kemahiran merejam memerlukan lonjakan melebihi paras jaring. Semasa di udara pula, badan perlulah dibengkokkan dan memukul bola.




 










MENGANDANG

Kemahiran menghadang juga agak sukar dikuasai. Sungguhpun begitu, kemahiran ini juga penting untuk menghadang rejaman. Halangan dilakukan oleh tiga orang pemain hadapan dari pasukan
yang bertahan. Ketiga-tiga pemain akan melonjak dan cuba menghalang bola yang direjam dengan kedua-dua belah tangan supaya pihak lawan tidak dapat merejam dengan kuat.






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

SEJARAH BOLA TAMPAR DI MALAYSIA

SEJARAH RINGKAS BOLA TAMPAR